Aku habis kerja pukul 6 petang dan naik LRT semua, sampai rumah adalah dalam pukul 630 petang. Sampai-sampai rumah aku pelik dah. Kenapa pintu gril terbuka luas? Lepas tu pintu kayu pun sama? Aku mula rasa panik! "Aku lupa kunci pintu ke pagi tadi?" aku fikir sejenak "tak mungkin!" Aku bergegas masuk ke dalam. Aku nampak lampu bilik hidup. Aku ingat Ainul yang ada di dalam, mungkin dia mahu mengambil barang-barangnya yang tertinggal. Aku berfikir sejenak. "Tak mungkin, sebab Ainul dah pulangkan kunci minggu lepas." Aku mula risau. Aku jalan terus ke arah bilik Anne. Aku nampak beg Guess kegemarannya di atas bucu katil. Aku melepaskan nafas lega, rupa-rupanya Anne dah balik dulu. Aku dengan riangnya memanggil nama Anne sambil berjalan perlahan masuk ke bilik.
Aku terperanjat bila melihat keadaan biliknya yang kelam kabut. It hit me! Bilik Anne tak pernah bersepah. Tak mungkin. tadi pagi masa berbual dengan Anne, biliknya kemas dan rapi. Aku rasa seram sejuk. Aku mula takut, aku terus berlari ke bilik tidurku. Astaghfirullah! Bersepahnya! Baju yg terlipat rapi di dalam laci bertaburan di atas lantai. Almari baju Ainul terbuka luas. Aku panik giler! Aku mula rasa nak nangis, tiba-tiba aku teringat akan sesuatu. Aku sujud dan mencari sesuatu di bawah katil. Hilang! Sah kita sudah dirompak orang. SETAN! "Laptop aku!!!!!" Aku tahu, aku tak patut pegang apa-apa. Tapi aku panik, aku panik! Aku cuba ingat ape lagi barang-barang berharga yang mungkin di ambil pencuri sial itu! Aku buka laci baju pertama, sah gelang emas pemberian mak dah hilang. Sah kad kredit dalam wallet ini pun dah diambil. Aku menjerit sekuat hati!
Aku berjalan keluar ke ruang tamu, baru aku sedar keadaan di luar pun sama bersepah. Kenapa aku tak nampak tadi. Aku cuba menangis tapi tak dapat. Aku marah! Kenapa aku? Kenapa? Aku telefon Anne.
Aku: Anne kau kat mana?
Anne: Aku kat ofis lagi, kenapa?
Aku: Anne...rumah masuk pencuri...
Anne: Astaghfirullah..takpe takpe mij aku balik sekarang.
Aku: Laptop aku kena curi...
Anne: Takpe mij takpe, ini semua dugaan. Ini semua ujian. Aku balik sekarang.
Selepas gagal percubaan kali kedua untuk mengalirkan air mata aku berjalan lemah ke arah pintu. Aku cuba menyiasat bagaimana pencuri itu boleh memecah masuk. Rupa-rupanya, mangga yang telah dikunci dari dalam telah diumpil sehingga berderai isi perutnya. Pintu masuk rumah ditendang tanpa menggunakan banyak tenaga, sebab pintu ni memang dah 'loose'. Selepas hampir setengah jam Anne tak sampai aku pergi ke ofis management bawah. Aku membuat satu aduan tentang rumah kami yang telah dipecah masuk. Mereka menemani aku sehingga Anne sampai. terima Kasih. Sesampainya Anne ke rumah aku terus menangis. Dia menyuruh aku menelefon kredit kad center untuk 'block further transaction'. Operator yang bertugas dengan baik hatinya memberi informasi penting tentang pencuri sial itu. Dia sempat membuat satu transaction jam 5 petang di Petronas Ampang Permai 'estimation of RM200 worth'. Kami terus ke balai polis dan membuat aduan dan keterangan lanjut tentang ape yang terjadi.
Barang-barang kami yang telah diambil:
1) laptop Acer Aspire
2) seutas gelang emas
3) Kad Kredit (RM200)
4) Tabung Ayam (RM200 worth of syilings)
5) ZEN MP3 Player
6) seutas rantai emas
7) Sebentuk cincin berlian
8) a pair of diamond earing
9) seutas rantai silver
10) seutas gelang kaki silver
11) a box of Christion Dior make-up kit.
12) Dll yang tak pasti...
kerugian sebanyak: RM10,000.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
OMG!! Midgie!! I'm so sorry to hear about this. If there's anything you need or anything I can do to help do let me know K.
*HUGS* Love ya babe!!
Well...it's all over now..haih but the terror does linger. We put in new locks and change the locks for the wooden door, hopefully everything will be OK. The sad thing is..all my doodles in the laptop just gone like that! All my hard work...haih...I really missed the doodlins! haih...:(
to keep myself positive, i keep telling myself I'm going to get a new laptop! Hooray! :D
Post a Comment