Terbaring, terlantar diam
Tak mampu dan tak mahu
Senyap aku, termangu
Dari siang hingga ke malam, kaku
Aku sepi, bersendirian
Hati sebak, merah mata
Menangis, berduka bukan sebab terluka
Tiba malam melolong macam orang gila
Katamu aku disaka
Kata mereka aku diberi bala
Kata ‘ia’ cinta itu memang buta
Aku tak mahu dilaknati oleh-NYA.
Rohku diawang-awangan, ibadatku lalai
Sedar aku, rupanya sedang bermimpi
Aku ke sudut itu, sujudku sendiri
Ku lafaz janji baru pada-MU yang satu dan hakiki
Aku milik-MU Tuhan
Jangan biarkan ‘ia’ menghantuiku
Tujuh kehidupan, tujuh keturunan menyekutukan-MU
Bebaskanlah. Lindungilah. Ampunkahlah kami yang kufur…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ciuman sejadah itu yang paling seronok.
nice
=)
Post a Comment