Seorang gadis, cantik, ayu dan pendiam. Pagi-pagi dikejut oleh suatu suara yang menjengkelkan. Tak pernah-pernah dikejut sebegini awal, bengang. Bangun dengan lemah gemalai, melipat toto dan selimut. Menyusun bantal dan mengambil tuala untuk mandi. Erk! Sejuknyer...kenapelah rumah ni tak ade water heater! Bengang. Suara itu ada diruang tamu. Sedang menggosok baju. Selepas selesai mandi si gadis terus ke arah almari, geraknya lembut ala penari tersohor. Ke sejuk. Dia menyapu losyen keseluruh badan. Tiba-tiba rasa janggal, lalu masuk kedalam bilik si suara tersebut. Tak ape die tak kisah, dia paham. Selepas solat Subuh, gadis membawa baju yang ingin dipakai untuk digosok, si suara senyap. Rupanya sedang bersarapan Yogurt, Coco Crunch yang dibanjiri susu. Sedapnyer, laparlah plak. Si suara juga menyapu coklat nutella cair ke atas sekeping roti. Lah...buatlah untuk aku sekali. Si gadis, buat-buat sibuk. Sedang menggosok baju kurung dan tudung.
Sedang asyik mengelamun, si suara menghidupkan televisyen. TV3, Malaysia Hari Ini. Si gadis sambung menggosok adakalanya mencuri-curi lihat ke arah kaca TV. Si suara tiba-tiba berbicara. Mengenai buku cerita yang terletak di atas meja makan. Sambil bercakap, si gadis nampak Coco Crunch yg berbalik-balik di dalam mulut si suara. Hish.. tak ayu betul! Si suara mengatakan sesuatu, menimbulkan rasa tak puas hati. Si gadis berhenti menggosok dan merenung tajam ke arah si suara. Dengan lembut dan tidak meninggikan suara...berkata. Si suara membulatkan mata dan meninggikan suara. Nampak gaya bagai Coco Crunch akan melompat keluar dari mulutnya. Dia meninggikan suara ala-ala diserang sakit jantung. Si gadis ayu, menegur dengan baik. Si suara bingkas bangun dan menghilangkan diri ke bilik. Hish...sambung makan dalam bilik, tak senonoh betul.
Si suara menutup pintu dan berdiam diri. Perasaan si gadis terguris. Mukanya mula monyok dan memuncung, comel. Ahh...lantaklah. Dia bergegas ke cermin dinding untuk memakai tudung. Sayup-sayup kedengaran pergerakan si gadis di ruang tamu oleh si suara. Menolak kerusi-kerusi, mengemas tas tangan dan lain-lain lagi. Si suara keluar dari guanya sambil menggalas beg belakang. Si gadis sedang membetulkan tudung yang tak mahu-mahu betul. Si suara menyambung menyuap Coco Crunch di meja makan. Si gadis tidak mahu bertentang mata atau menegur si suara selepas kejadian baru-baru tadi. Si gadis mengambil tas tangannya dan bergegas keluar. Menyarung kasut tumit tinggi dan menutup pintu. Aku pergi dulu! Bicara hatinya. Si suara terkulat-kulat seorang diri di meja makan. Itulah aku EMO tak tentu pasal. Si gadis berjalan ayu ke LRT seorang diri. Tanpa teman-teman menaiki jejantas seorang-seorang. Benci, benci, benci, pagi-pagi nak sakitkan hati orang. Si suara pun tiada kurangnya. Selepas habis makan, mangkuk dicuci. TV dimatikan. Kipas dan lampu juga. Memakai tumit tinggi, membuka pintu dan berjalan perlahan ke arah LRT. Takut nak lintas seorang diri, jadi terus ke arah jejantas. SIGH...
Sorry Si Gadis, jangan kau marah lama-lama sangat. Si suara menyesal. Pagi-pagi darah berkumpul kat otak.. tu yang cepat naik darah. :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
:P
aku rasa si gadis tu saja nak tunjuk ego sikit.
n lagi satu, aku rasa si gadis tu tak pakai kasut tumit tinggi hari ni.
emm lagi aku rasa dia naik jejantas sbb awal lagi kot. dia pun saja je la amik jalan jauh, lambatkan masa.
apa lagi ek? aku rasa si gadis tu takde la lemah lembut sangat pun. sbb hati dia keras jugak.
hahahahhahahahahahahahaha..
hehehe...
takpe takpe... Si Gadis dah ok dah dgn Si Suara. :P
Bukan nak dijadikan habbit tapi Si Suara tgh period, tu yg EMO semacam..wakakakaka
Kesian kat Si Gadis! :P Tapi jgn lah marah kat iron tu..huhuhu sian die...
Post a Comment